jOm fOlow my e-shOp,, sesIape yG sUdi liNk kaT sHoUtmix ye. i'll fOllow u baCk!

Thursday, May 10, 2018

Assalammualaikum,
salam sejahtera

Alhamdulillah Malaysia kembali lagi bersinar dengan bertukarnya kelompok pimpinan baru, yang dipimpin oleh Tun Mahathir & Barisan pemimpin yang hebat-hebat

semalam saya mendapat sedikit idea tapi tak larat lagi nak menaip, melihat semangat perjuangan Tun Mahathir mengangkat sumpah menjadi Perdana menteri ke 7 Malaysia saya berikrar pada diri saya supaya mencontohi kreadibiliti tokoh hebat berusia 93 tahun,

dalam kegembiraan ada sedikit kedukaan, kerana melihat perspektif orang disekeliling yg pesimistik, sangat negatif, bila buka facebook (fb), instagram (ig) nampak seronok bewarna warni, tp dalam setiap gambar terselit kutukan, dan pasti tercetus sengketa dikala membela cerita masing-masing, bahasa dalam komen-komen di fb & ig juga kurang senang utk dibaca.

Rakyat malaysia kini bebas bersuara apa yang tidak puas hati mereka lontarkan secara terus di laman sosial, marah, kecewa bahkan tiada sensitiviti, semakin ketara nampaknya.

sikap ini saya lihat semakin memburukkan pandangan, kerana kita tinggal dalam negara bangsa, ada banyak pecahan kaum & tradisi berbeza, tapi tradisi tu ketinggalan jauh dengan setiap bangsa bila berada di alam maya,

berikutan isu-isu agama, perkauman menimbulkan rasa marah, ada mereka yang sengaja jadi batu api, post gambar & video, tujuannya untuk menyedarkan, dalam masa sama video sembang-sembang kita dibaca oleh seluruh dunia,

beruntungnya bangsa melayu kerana dibumi bertuah ini kita menikmati hak ekslusif dalam perlembagaan, negara juga ada undang-undang yang utuh & jelas untuk setiap pertikaian, mengapa perlu disengketakan dengan isu agama, jika kita masih dilindungi... Islam itu jelas & mudah jangan disusahkan dengan perkara melampaui batas, tentang perkara belum jelas berlaku & akan berlaku,
semuanya terletak ditangan Tuhan Yang Maha Esa.

sambung lagi nanti,,,,